Kes penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD) di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan 25 kali ganda iaitu 1,446 kes sejak Januari lalu, berbanding tempoh sama pada tahun lepas.<br /><br />Exco Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, S. Veerapan berkata, Seremban mencatatkan jumlah kes paling tinggi sebanyak 834 kes, Port Dickson (184), Jempol dan Rembau masing-masing 140 kes, Kuala Pilah (66), Tampin (53) dan Jelebu (29).
